Umrah 2013. MADINAH , MAKKAH (L)

Assalamualaikum wbt.. oke untuk entri ini aku nak share barang apa yang perlu korang bawak untuk mengerjakan umrah.. selalunya kalau pergi umrah kita akan pergi selama 2 minggu kan? jadi apa keperluan dalam masa 2 minggu tu oke aku akan listkan

      PAKAIAN

  • Tak perlu bawa banyak-II sebab memberatkan je nanti. 
  • Korang boleh basuh nanti dekat sana kalau basuh baju memang cepat je kering mungkin faktor cuaca kot.
  • Korang pon boleh hantar dobi dekat hotel tapi kena bayar la kan. Kalau nak jimat basuh sendiri
  • Bawa baju yang ringan-II sahaja(kain ringan cth cotton)
  • Kain dalam 2 helai.
  • Baju tidur 2 helai.
  • Jubah 4/5 helai cukup. sebab kat sana boleh shopping jubah lagi. Sangat2 murah uolls
  • Seluar 2 helai.
  • Telekung 2/3 (bawak telekung tak payah bawak kain sarung tu. Kalau pakai jubah terus je pakai stokin boleh solat dah).
  • Tudung @ shawl 2/3 cukup.
  • Pakaian dalam tu pandai2 la ==!
  • Tuala bawak yang ringan dan kecik je.

      LAIN-LAIN KEPERLUAN

  • Sabun, shampoo, ubat gigi, berus gigi, pencuci muka, deodorant, losyen n lipbalm (saiz yang kecik2 n simpan dalam bekas pensel).
  • Charger.
  • International adapter sebab plug dia tak sama cam malaysia.
  • Ubat-II. kat sana pon bersepah farmasi. Ha pil chi-kit teck aun jangan lupa bawa...hehe
  • Fon, camera
  • Kain yg dijahit untuk dijadikan kantung letak selipar so that boleh la bawak masuk dalam masjid dan risiko selipar hilang tu kurang la.
  • Kain segi 4 untuk jadikan sejadah sebab kat sana mana ada sejadah. Karpet cam sejadah tu ada la tapi better bawak la untuk keselesaan sendiri.
  • Kain kecik untuk lap hingus sebab risiko untuk dapat penyakit tinggi disebabkan faktor cuaca tak sama cam malaysia.
  • Sunglasses sebab kat sana terik tapi tak panas. Takot tak tahan silau kan.
  • Meggi hehe.. sebab takot makanan kat sana tak sesuai ngan tekak korang tapi kalau xnak bawak pon tak ada masalah.. Cadangan jah.. Kat sana kedai makan pon bersepah.
  • Minyak panaih or minyak cap kapak buat urut-II ke kembung ke pening-II ke kan. 
  • Sarung tangan dan sarung lengan. kalau korang nak pakai jubah je p solat better pakai sarung tangan dan lengan so that risiko batal wudhu kurang la sebab kalau orang ramai memang kena himpit la.
  • Stokin sebab tu pon aurat. kita kena jaga aurat kita betol2 kat sana. Stokin jangan pulak yang jarang. Kalau yang tebal boleh bawak solat terus.
  • Pencukur, gunting, ketip kuku. Saiz mini ye.
     

      DO'S AND DON'TS SEMASA DI SANA

  • Jangan terlalu berani
  • Mulut jangan celupar
  • Lupakan dunia dan pentingkan akhirat seketika 
  • Jangan berjalan seorang diri ke masjid
  • Jangan shopping seorang diri
  • Jangan bawa handbag
  • Jangan pegang duit sampai orang lain boleh nampak
  • Jangan pakai gelang, rantai
  • Simpan duit dalam poket
  • Sila focus dengan tujuan anda ke sana
  • Sentiasa bawa kad hotel jika ke masjid atau keluar dari hotel sebab takut tersesat
  • Sentiasa pakai kad pengenalan diri jika keluar dari hotel
  • Jangan tidur dalam masjid
  • Kurangkan bercakap dalam masjid
  • Sila bekerjasama dengan jemaah yang lain dan bertolak ansur
  • Jangan buat benda kurang elok disana
  • Jangan mengumpat
  • Kalau ada jemaah dari negara lain menolak anda demi kepentingannya sendiri ingat! itu adalah ujian yang anda perlu tempuh dan jangan la pula tolak dia balik hehe.. 
  • Banyakkan bersabar
  • Berhati2 kat sana ramai pak arab yang gatal
Aaa tu je kot. kalau ada apa-II lagi nanti aku update oke. oke di bawah ada sedikit gambar-II di sana.. Enjoyy

MADINAH, MASJID NABAWI, LADANG KURMA, MADINAH HILTON




















MAKKAH, LADANG UNTA HUDAIBIYAH, JABAL RAHMAH, BIN DAWOOD, MASJID AL-HARAM,















































JEDDAH, MASJID AR-RAHMAH @MASJID TERAPUNG, DUIT ARAB, SAUDI ARABIAN AIRLINES.





SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment