HEY PULAU LANGKAWI!!

haaa oke sambung cerita pasal pulau langkawi.. aku dengan makpak aq naik feri dari jeti kuala perlis dalam pukul 10pagi kalau tak silap. oh pasal parkin kat jeti tu jangan risau sebab akan ada yang menunggu korang kat tepi jalan untuk tarik korang parking kat tempat diaorg biasalah meniagakan.. harga tak ingat..

oke aku di pulau langkawi untuk 3hari 2malam sahaja. sangat singkat untuk korang yang nak melawat pulau mcm aku ni.. aktiviti aq cuma pusing2 pulau, pergi tempat sejarah , naik cable car dan shopping memandangkan tujuan kami datang pon sebab nak kenal-II ngan pulau langkawi ni.. kalau ada rezeki in sha Allah aku akan buat aktiviti-II yg best kat sana..


oke first sekali korang kena ada kereta sewa. aku sewa kereta viva je jimat minyak memandangkan kami tak ramai kan so muat sangat la. kalau korang datang untuk honeymoon or datang dengan kawan 2,3 orang aq cadangkan korang tidur dekat cenang. Pantai cenang tu happening sikit, sesuai sangat la untuk yang jiwa muda mudi macam kita ni cewah walaupon agak mahal tapi berbaloi. bagi yang berkeluarga dan nak privacy aku cadangkan korang cari homestay. homestay kat sana banyak plus murah sikit kan.

oke aku dan makpak aq menginap dekat hotel landcons. yup aku suka gila hotel ni sebab ada iron kat luar bilik aku so senang la aku nak iron tudung bawal aku kan.

APA YANG BEST PASAL HOTEL NI :
1. selesa
2. luas
3. unik
4. dekat dengan mall so malam2 boleh jalan kaki area sana
5.dekat dengan under waterworld langkawi boleh jalan kaki je
6.kolam renang kanak-II yg unik
7. kolam renang dewasa yg agak luas
8. iron board di sediakan di luar bilik 
9. air panas dan sejuk di luar bilik.
10. wifi ofcourse 

pendek kata aku agak puas hati la duk kat hotel ni sebab malam-II aku boleh lepak kat cenang mall then jalan-II cuci mata.. aku memang suka jalan sorang-II waktu malam kat pulau dan hayati keindahan malam tu.. masa tu la layan perasaan syok ooo... haha tapi hati-II k jangan berani sangat sebab malaysia tak aman sangat sekarang ni haha.. eh baju-II pon takada la mahal pon. RM10 boleh dapat tapi tengok kain dulu la kalau untuk dapat kain kualiti dengan harga RM10. menarik kan?

AKTIVITI YANG SYOK:
  1. parasailing
  2. banana boat
  3. berkayak
  4. island hopping ke Pulau Dayang Bunting, Beras Basah & eagle Feeding
  5. jet ski
  6. cable car
  7. dll
oke hari kedua kami pergi la naik cable car nak tengok langkawi dari pemandangan atas malangnya hari tu lepas hujan so kabus agak tebal. tak nampak sangat bila kami da turun baru la matahari keluar takapa la.. oh ya harganya RM30 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-II tapi dont worry bagi kita yg rakyat malaysia ni tunjuk je mykad dan kita akan dapat potongan separuh harga. jimat bukan. oke lepas tu kami pon pusing-II pulau tengok tempat-II yang menarik. eh jangan risau korang takkan sesat punya sebab pusing-II situ jugak. 

lupa pulak aku nak share pasal shopping coklat. 
kalau dah cakap pasal langkawi mesti la femes pasal coklat kan aku cadangkan kalau korang banyak masa korang survay-II harga di kedai-II untuk mendapatkan harga yang paling murah dan berbaloi hokey. aku shopping coklat hampir RM150++ haha gila kan. aku beli dekat haji ismail group berhadapan dengan saga. tiga tempat aku survay harga first dekat langkawi paradehaji ismail group dan langkawi saga. harga dia lebih kurang je ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal haha.. coklat febret aku kat sana ialah ritter sport kakao-mousse perghh heaven gila bila dia masuk dalam mulut rasa nak terbang je. harga dia RM4 satu paket. agak mahal tapi berbaloi. halal okeh :)

sebab pak aku demam so petang tu aku just lepak hotel je, solat kat bilik then berendam dalam swimming pool dia bapak la dalamnya aku baru masuk kaki dah krem nasib baik ada uncle ni tolong aku haha.. sepatutnya aku berendam dalam pool kanak-II je kan haha tak sedar diri.. oke then petang tu jugak aku g lepak kat pantai cenang tengok orang mandi manda dan naik parasailing RM60 x silap dalam berapa minit je tapi memang syok la wa cakap lu. haha.

oh ya kat cenang ni paling senang cari tempat makan pokoknya bersepah la.. sedap or tak je.. eh malas dah type tu jela kot.. bye langkawi and korang


























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JELAJAH UTARA 2013!!!

ASSALAMUALAIKUM.. hye guys! lama da x update since sambung belajar ni, tak ada masa pon nak belek blog ni plus tak ada benda nak di share kan.. nevermind oke kali ni nak share pasal apa yang aku buat masa cuti sem baru-baru ni.. okey cuti sem baru-baru ni aku habiskan dengan menjelajah utara dengan makpak aku.. haha yela masa ni jela aku boleh spend time dengan diorang pon nanti aku dah kerja, dah kahwin mesti agak susah kan.. okeh-II pendekkan cerita jelajah utasra aku ni hanya mengambil masa 8hari 7malam.
PAHANG > PERAK > PERLIS > KEDAH > PERAK > SELANGOR > PAHANG
kami gerak ikut cameron dan bermalam disana disebabkan kami gerak agak lewat so kami pon sampai cameron lewat petang terus makan cari hotel dan rehatkan diri. kami menginap di brinchang hotel green garden dekat dengan kedai Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam tempat kami makan malam dan berhadapan dengan balai bomba brinchang. Cerita pasal hotel ni boleh kira best jugak la sebab murah , selesa, ada wifi dan astro. kedai makan tu pulak kira oke-II saja cuma ayah puashati la dengan nasi goreng dia, penuh satu pinggan. Keesokan harinya kami pon checkout pagi2 sebab nak berjalan. Tips shopping dekat cameron ni aq rasa better korang pergi kat tempat yg banyak org berjual mcm pasar mcm tu nama dia central market kot dekat tepi jalan dari brinchang ke Kea Farm boleh dapat murah sebab banyak persaingan dan banyak untung. oh yea kami rancang nak pergi pasar malam kat brinchang malangnya haritu tak ada pasar malam. pasar malam hanya ada petang jumaat dan sabtu je tapi kalau musim cuti sekolah, hari-II dibuka kalau tak silap. oh ya jgn lupa singgan lavender garden. RM5 tiket dewasa.

Di perak kami hanya tinggal di kuala kangsar rumah sepupu aku sebab ayah nak pergi memacing di laut berdekatan dengan pulau pangkor so kami yang tinggal ni apa lagi. pusing-II bandar diraja perak ni. well kalau dah namanya bandar diraja ofcourse la melawat musium je kerjanye. oke antara tempat yg kami lawat adalah di galeri Sultan Azlan Shah, Muzium Diraja Perak , Masjid Ubudiah dan  Sungai Perak Waterfront. tempat makan best mesti la kat ipoh ; sotong kangkung sila try sendiri oke dekat waterfront sungai perak pulak syok pekena cendol dia perghh..

setelah 3 hari di perak kami pon bergerak ke jeti kuala perlis untuk ke PULAU LANGKAWI!!! well actually ada dua jeti ke pulau langkawi iaitu jeti kuala kedah dan jeti kuala perlis. kami pilih jeti kuala perlis sebab jarak dari jeti ke pulau lebih dekat dalam 30 minit mcm tu. oke perkara pertama sampai jeti kat pulau tu sila ambil peta untuk memudahkan perjalanan anda. kami menginap di hotel landcons di cenang. oke next post aku akan cerita lebih lanjut pasal langkawi. kami stay sana for 3days 2nights.

sampai jeti kuala perlis kami mencari tempat shopping yang bebas cukai haha baru syok shopping kan.. jadi kami decided untuk pergi ke wang kelian. nak tahu kat mana sila google. kami pilih wang kelian sebab kami belom pernah pergi sana lagi dan jika dibandingkan wang kelian lebih murah dari padang besar. terkejut aku tengok mak aku shopping. rasa nak menangis pon ada sebab banyak gila barang beli bukan apa tak sanggup akan barang tu dalam kereta nasib baik bawa dmax.

then kami menuju ke kedah iaitu pekan rabu, pusing-II kedah. then balik semula ke perak dan berehat semalaman di perak.. keesokannya kami berangkat pulang ke pahang melalui selangor iaitu batang kali then ke genting highland haa genting punya outdoor ditutup pulak untuk renovate dalam 2,3 tahun so x syok la time aq g tu setakat indoor je ada kan.. tak mencabar langsung kan haha.. akhir sekali kitorg sampai la ke pahang, setelah ditambah tolak darab bahagi jumlah wang dibelanjakan untuk jelajah utara kami kali ini ialah dalam 2500++ sahaja.. haha sekian sila nikmati gambar2 yg tak banyak sebab selalu terlupa bawa dslr masa keluar.


LANGKAWI






LAVENDER GARDEN CAMERON HIGHLANDS




GALERI SULTAN AZLAN SHAH



MASJID UBUDIAH

MUZIUM DIRAJA PERAK






LANGKAWI

BENDANG PADI KEDAH

PEKAN RABU KEDAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REDANG ISLAND here we come again!!!!!

Assalamualaikum uoll.. weoll baru balik dari pulau redang yaw.. so ioll nak share la apa yang ada kat sana..actually 8 years ago aku dah pergi pulau redang.. time tu pulau redang tersangatlah indah, bersih dan cantik dengan coralnya. maybe disebabkan pelancong semakin ramai dan pulau tu semakin terkenal so agak kotor la.. susah nak jaga sebab pelancong yang TAK BERTANGGUNGJAWAB ni terlalu ramai. Pelancong macam tu memang tak layak pon nak melancong kat sini, buat semak je.. bengang tahap gaban dah ni.. oke this time aq stay dekat redang holiday beach villa .. dulu pon aq stay sni..3days 2nights disebabkan sangat berpuashati dengan service dia so we decided to stay there again. yela sampai je pulau diaorg sambut kitowg naik apa ntah namanya benda tu ke resort then hidangkan dengan welcome drinks.. pokoknya memang cenggini (Y) la services dia.. aktiviti snorkeling la apa lagi kan.. nama pon pulau.. oke la malas cerita banyak korang tengok sendiri la gambar-II ni 

              UNDER THE SEA, SNORKELING, CORALS













       REDANG HOLIDAY, SARI PACIFICA, CHILL AND RELAX

























  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS