haaa oke sambung cerita pasal pulau langkawi.. aku dengan makpak aq naik feri dari jeti kuala perlis dalam pukul 10pagi kalau tak silap. oh pasal parkin kat jeti tu jangan risau sebab akan ada yang menunggu korang kat tepi jalan untuk tarik korang parking kat tempat diaorg biasalah meniagakan.. harga tak ingat..
oke aku di pulau langkawi untuk 3hari 2malam sahaja. sangat singkat untuk korang yang nak melawat pulau mcm aku ni.. aktiviti aq cuma pusing2 pulau, pergi tempat sejarah , naik cable car dan shopping memandangkan tujuan kami datang pon sebab nak kenal-II ngan pulau langkawi ni.. kalau ada rezeki in sha Allah aku akan buat aktiviti-II yg best kat sana..
oke first sekali korang kena ada kereta sewa. aku sewa kereta viva je jimat minyak memandangkan kami tak ramai kan so muat sangat la. kalau korang datang untuk honeymoon or datang dengan kawan 2,3 orang aq cadangkan korang tidur dekat cenang. Pantai cenang tu happening sikit, sesuai sangat la untuk yang jiwa muda mudi macam kita ni cewah walaupon agak mahal tapi berbaloi. bagi yang berkeluarga dan nak privacy aku cadangkan korang cari homestay. homestay kat sana banyak plus murah sikit kan.
oke aku dan makpak aq menginap dekat hotel landcons. yup aku suka gila hotel ni sebab ada iron kat luar bilik aku so senang la aku nak iron tudung bawal aku kan.
APA YANG BEST PASAL HOTEL NI :
1. selesa
2. luas
3. unik
4. dekat dengan mall so malam2 boleh jalan kaki area sana
5.dekat dengan under waterworld langkawi boleh jalan kaki je
1. selesa
2. luas
3. unik
4. dekat dengan mall so malam2 boleh jalan kaki area sana
5.dekat dengan under waterworld langkawi boleh jalan kaki je
6.kolam renang kanak-II yg unik
7. kolam renang dewasa yg agak luas8. iron board di sediakan di luar bilik
9. air panas dan sejuk di luar bilik.
10. wifi ofcourse
pendek kata aku agak
puas hati la duk kat hotel ni sebab malam-II aku boleh lepak kat cenang mall
then jalan-II cuci mata.. aku memang suka jalan sorang-II waktu malam kat pulau dan hayati keindahan malam tu.. masa tu la layan perasaan syok ooo... haha tapi hati-II k jangan berani sangat sebab malaysia tak aman sangat sekarang ni haha.. eh baju-II pon takada la mahal pon. RM10 boleh dapat tapi tengok kain dulu la kalau untuk dapat kain kualiti dengan harga RM10. menarik kan?
AKTIVITI YANG SYOK:
- parasailing
- banana boat
- berkayak
- island hopping ke Pulau Dayang Bunting, Beras Basah & eagle Feeding
- jet ski
- cable car
- dll
lupa pulak aku nak share pasal shopping coklat.
kalau dah cakap pasal langkawi mesti la femes pasal
coklat kan aku cadangkan kalau korang banyak masa korang survay-II harga di
kedai-II untuk mendapatkan harga yang paling murah dan berbaloi hokey. aku
shopping coklat hampir RM150++ haha gila kan. aku beli dekat haji ismail group
berhadapan dengan saga. tiga tempat aku survay harga first dekat langkawi parade , haji ismail group dan langkawi saga. harga dia lebih kurang je ada yang lebih murah dan ada yang lebih mahal haha.. coklat febret aku kat sana ialah ritter sport kakao-mousse perghh heaven gila bila dia masuk dalam mulut rasa nak terbang je. harga dia RM4 satu paket. agak mahal tapi berbaloi. halal okeh :)
sebab pak aku demam so petang tu aku just lepak hotel je, solat kat bilik then berendam dalam swimming pool dia bapak la dalamnya aku baru masuk kaki dah krem nasib baik ada uncle ni tolong aku haha.. sepatutnya aku berendam dalam pool kanak-II je kan haha tak sedar diri.. oke then petang tu jugak aku g lepak kat pantai cenang tengok orang mandi manda dan naik parasailing RM60 x silap dalam berapa minit je tapi memang syok la wa cakap lu. haha.
oh ya kat cenang ni paling senang cari tempat makan pokoknya bersepah la.. sedap or tak je.. eh malas dah type tu jela kot.. bye langkawi and korang
0 comments:
Post a Comment