JELAJAH UTARA 2013!!!

ASSALAMUALAIKUM.. hye guys! lama da x update since sambung belajar ni, tak ada masa pon nak belek blog ni plus tak ada benda nak di share kan.. nevermind oke kali ni nak share pasal apa yang aku buat masa cuti sem baru-baru ni.. okey cuti sem baru-baru ni aku habiskan dengan menjelajah utara dengan makpak aku.. haha yela masa ni jela aku boleh spend time dengan diorang pon nanti aku dah kerja, dah kahwin mesti agak susah kan.. okeh-II pendekkan cerita jelajah utasra aku ni hanya mengambil masa 8hari 7malam.
PAHANG > PERAK > PERLIS > KEDAH > PERAK > SELANGOR > PAHANG
kami gerak ikut cameron dan bermalam disana disebabkan kami gerak agak lewat so kami pon sampai cameron lewat petang terus makan cari hotel dan rehatkan diri. kami menginap di brinchang hotel green garden dekat dengan kedai Pak Nik Ikan Bakar dan Tomyam tempat kami makan malam dan berhadapan dengan balai bomba brinchang. Cerita pasal hotel ni boleh kira best jugak la sebab murah , selesa, ada wifi dan astro. kedai makan tu pulak kira oke-II saja cuma ayah puashati la dengan nasi goreng dia, penuh satu pinggan. Keesokan harinya kami pon checkout pagi2 sebab nak berjalan. Tips shopping dekat cameron ni aq rasa better korang pergi kat tempat yg banyak org berjual mcm pasar mcm tu nama dia central market kot dekat tepi jalan dari brinchang ke Kea Farm boleh dapat murah sebab banyak persaingan dan banyak untung. oh yea kami rancang nak pergi pasar malam kat brinchang malangnya haritu tak ada pasar malam. pasar malam hanya ada petang jumaat dan sabtu je tapi kalau musim cuti sekolah, hari-II dibuka kalau tak silap. oh ya jgn lupa singgan lavender garden. RM5 tiket dewasa.

Di perak kami hanya tinggal di kuala kangsar rumah sepupu aku sebab ayah nak pergi memacing di laut berdekatan dengan pulau pangkor so kami yang tinggal ni apa lagi. pusing-II bandar diraja perak ni. well kalau dah namanya bandar diraja ofcourse la melawat musium je kerjanye. oke antara tempat yg kami lawat adalah di galeri Sultan Azlan Shah, Muzium Diraja Perak , Masjid Ubudiah dan  Sungai Perak Waterfront. tempat makan best mesti la kat ipoh ; sotong kangkung sila try sendiri oke dekat waterfront sungai perak pulak syok pekena cendol dia perghh..

setelah 3 hari di perak kami pon bergerak ke jeti kuala perlis untuk ke PULAU LANGKAWI!!! well actually ada dua jeti ke pulau langkawi iaitu jeti kuala kedah dan jeti kuala perlis. kami pilih jeti kuala perlis sebab jarak dari jeti ke pulau lebih dekat dalam 30 minit mcm tu. oke perkara pertama sampai jeti kat pulau tu sila ambil peta untuk memudahkan perjalanan anda. kami menginap di hotel landcons di cenang. oke next post aku akan cerita lebih lanjut pasal langkawi. kami stay sana for 3days 2nights.

sampai jeti kuala perlis kami mencari tempat shopping yang bebas cukai haha baru syok shopping kan.. jadi kami decided untuk pergi ke wang kelian. nak tahu kat mana sila google. kami pilih wang kelian sebab kami belom pernah pergi sana lagi dan jika dibandingkan wang kelian lebih murah dari padang besar. terkejut aku tengok mak aku shopping. rasa nak menangis pon ada sebab banyak gila barang beli bukan apa tak sanggup akan barang tu dalam kereta nasib baik bawa dmax.

then kami menuju ke kedah iaitu pekan rabu, pusing-II kedah. then balik semula ke perak dan berehat semalaman di perak.. keesokannya kami berangkat pulang ke pahang melalui selangor iaitu batang kali then ke genting highland haa genting punya outdoor ditutup pulak untuk renovate dalam 2,3 tahun so x syok la time aq g tu setakat indoor je ada kan.. tak mencabar langsung kan haha.. akhir sekali kitorg sampai la ke pahang, setelah ditambah tolak darab bahagi jumlah wang dibelanjakan untuk jelajah utara kami kali ini ialah dalam 2500++ sahaja.. haha sekian sila nikmati gambar2 yg tak banyak sebab selalu terlupa bawa dslr masa keluar.


LANGKAWI






LAVENDER GARDEN CAMERON HIGHLANDS




GALERI SULTAN AZLAN SHAH



MASJID UBUDIAH

MUZIUM DIRAJA PERAK






LANGKAWI

BENDANG PADI KEDAH

PEKAN RABU KEDAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment