hola.. oke aku baru balik dari
perhentian island.. a family vacation yang langsung tak dirancang. Story dia
mcm ni ketika sedang enak aku dan kakakku tidur selepas solat subuh tetiba ayah
mengerakkan kami untuk bersiap2 untuk ke pulau. Gila apa tak terkejut. Yela
sekarang ni kalau nak g pulau kea pa ke mesti kena tempah apa2 pakej awal-II
yela takot bilik penuh kan. Kalau dulu kami nak g mana2 just rancang oke nak g
tarikh apa then dah sampai tarikh tu kami terus je gerak. Sampai sana baru la
deal ngan mana2 pakej. Tapi itu dulu 7-8 tahun dulu boleh la buat macam tu
sebab pulau2 ni tak femes lagi. Sekarang kalau buat macam tu alamatnya merempat
la dekat tepi jeti takpun kena pusing balik tapi tak tentulah mana la tau nak
dijadikan rezeki ada bilik kosong ha tu kira bertuah la tu.. memang sangat rare
situation ea zaman sekarang untuk berjumpa dengan keadaan untung macam tu..
oke
sambung cerita, aku pun kalau bab jalan memang laju, terus la bersiap tapi
dalam pada tu aku risau gak kalau tak ada bilik kosong memang masak la kita
orang kan tapi nak buat macam mana tawakal je la kan. Oh nak tau sebab apa dad
tiba-II buat keputusan nak pergi time tu jugak? Haha tak ada apa la saja nak
release stress tapi yang jadi mangsanya aku la stress kena call sana sini nak
cari bilik kosong sebab semuanya penuh even masa tu bukan cuti sekolah tapi
still penuh. Aku search punya search dapat la satu blog kak dhea ni. Memang
seronok la kena bebel ngan sis sebab buat kerja gila kan.. esok nak checkin
malam ni baru tempah. Haha.. seronok deal dengan sis dhea ni sebab dia sangat
peramah even dalam fon je so dia tolong la carikan and Alhamdulillah dapat la
dekat rock garden resort di perhentian kecil. Oh ya ni nak story pasal pulau
perhentian ea bukan story pasal aku.. haha..
oke straight to da point pulau
perhentian ni terbahagi kepada dua that is pulau perhentian kecil dan pulau
perhentian besar. Oke apa bezanya between perhentian kecil and perhentian
besar?
Pulau Perhentian Kecil
- Kecil tapi meriah
- Ada long beach
- Pantai lebih cantik
- Malam lebih meriah sebab ada PSP (parti sampai pagi)
- Tak sesuai untuk percutian keluarga terutama keluarga yang islamik
- Tempat untuk galok(enjoy)
- Boleh cuci mata oke(dosa)
- Sesuai untuk yang bujang
- Banyak kedai makan
- Angin lebih kuat
oh lupa nak bagitau.. disebabkan ni percutian yg tak dirancang aq tertinggal kad memori tapi dslr bawak, sumpah tension. jadi tengok la gambar dari note aq ni je..
0 comments:
Post a Comment