Tips melancong ke pulau dan snorkeling untuk muslimah girls

       Oke entri ni khas untuk wanita-II muslimah yang nak pergi melancong ke pulau or tempat-II mandi manda tanpa perlu mendedahkan aurat anda. yela some of the girls out there pakai tudung molek, baju pon sopan tapi bila g bab berenang-renang ni tudung paih mana tak tau.. hey girls, islam is simple and easy. korang tak perlu tanggal tudung tapi korang still boleh berenang la.. eh btw aku x syor kan pakai baju renang muslimah sebab aku tengok baju renang muslimah tu mcm balut badan je.. yang aku jumpa la.. tak tahu la kot-II ada yang memang ikot syariat islam.. betulkan aku kalau aku silap. lagi pon baju renang muslimah tu agak mahal jadi kira membazir la sebab korang bukan nak pakai selalu right. okela straight to da point
    1. T-shirt berenang. 
  • bawa yang agak labuh.(bawah punggung je oke)
  • ringan dan tak tebal
  • warna gelap or better color hitam terus
  • warna cerah or putih sgt tak disyorkan sebab kalau dah bawak masuk air semuanya akan jelas nampak.
  • better yang lengan pendek then pakai sarung lengan yg selalu pakai tu sebab dia agak ringan dan mudah kering
  • sehelai je cukup.. untuk mandi je kan.. pakai banyak kali takpa
    2. Tudung berenang.
  • bawa sehelai je
  • warna gelap 
  • ringan dan serap air.. kain cotton la
  • ha ikat rambut tu betul-II  
  • nak pakai inner neck pon boleh mcm yg kat bawah ni aku ambil dari blog chentaqaseh.com. korang boleh beli dari situ je senang, harga pasaran memang RM25. Tapi kalau nak save bajet korang boleh cari kat pekan sari ke uptown ke insya-Allah ada yg RM5. Tapi yang ni pon oke apa.
  • kalau boleh jangan pakai inner neck yang mencekam kat neck tu. Nampak very the hodoh uolls


  
   3. Seluar berenang.
  • aku tak syorkan korang pakai kain masa berenang.. kakaka.. giler apa.. memang nampak la semuanye kan.. kecuali la korang pakai seluar panjang kat dalam
  • aku pon tak syorkan korang pakai legging ketat yg amat tu. Nampak busuk faham tak.
  • kalau nak pakai legging jugak aku cadangkan korang pakai bersama seluar pendek yang atas sikit dari buku lali atau seluar tiga suku tu.. ala mcm orang laki main bola tapi pakai legging dengan seluar bola dia tu...bezanya seluar bola tu pendek lagi.. tapi kalau boleh elakkan la ea.. tak sehsuwaii..
  • pakai seluar track yang jenis kain tu.. bukan yang mcm getah or plastik or.. nanti korang naik je dari air semuanya jelas terserlah.
  • cari seluar track yang ada cekak yg berjahit kat kaki bukan yg ada zip nanti payah korang nak tutup zip bila terbuka + taknak nanti korang luka terkena zip time berenang. yela aku sayang kat korang ni.. haha..
  • of course yang ringan dan cepat kering
    4. Barang tambahan 
  • beg galas yang kecik yang boleh memuatkan kain, kamera dll untuk dibawa semasa aktiviti snorkling sebab aku tak galakkan korang tinggalkan barang2 berharga korang like dslr yg 7k tu and duit dalam bilik sebab kalau hilang memang menangis tak berlagu la kan. Nak cari camna.
  • Sunblock. hmm aq tak amalkan sangat pon pakai sunblock ni sebab aq tengok sama jugak pakai ke tak pakai. lagipon aq rasa leceh la nak berlotion bagai. tapi kalau korang sayang kulit mulus korang tu aku syorkan pakai sunplay sebab spf dia 130 yang paling tinggi yang pernah aku jumpa n water proof tapi korang kena pakai 20 minit sebelum nak buat aktiviti tu supaya dia sebati dengan kulit kita.
  • Roti, ha kalau nak p snorkeling jangan lupa bawa roti. bukan untuk hang la tapi untuk bagi ikan makan supaya banyak ikan yang datang kat korang. kalau korang nak makan pon takpa sebab duk dalam air lelama memang cepat membuatkan kita lapar.hewhew
  • Bawa lah kain seperti di dalam gambar dibawah kalau ada. kain ni sangat berguna terutama kepada girls yg pakai seluar track forest untuk swimm tu for cover kesan seluar tu yg melekat kat peha bila naik dari air.



    5. Barang yang tak perlu bawa semasa snorkeling
  • Selipar.. memang tak perlu sebab kita lebih banyak menghabiskan masa di dalam air. lagipun tempat yang kita nak pijak tu pasir semata-II.
  • Jam tangan. Kecuali la jam tangan korang tu kalis air
  • Tuala besar. ha yang ni memang tak payah bawak langsung.. kalau nak bawak jugak bawa yang kecik je sudah.
     oke masalah yang sering menganggu wanita ialah apabila time korang nak pergi buat aktiviti-II macam ni time tu juga la korang datang bulan, period or haid. persoalannya boleh ke korang berenang semasa period. heii korang tak takot ke time korang snorkeling-II tu kan shark menanti di belakang korang.. hahaha.. oke sorry menakutkan korang..mesti korang rasa spoil giler yela sebab dah tempah tarikh molek tengok2 jadi camni lak. Actually korang still boleh snorkeling sebab darah haid takkan keluar disebabkan tekanan air. korang mesti fikir darah haid akan bercampur dengan air kolam or laut kan, actually taklah tapi ada caranya :
  • Kena rajin tukar pads dalam 2 jam sekali terutama time heavy flow
  • pakai yang bersih sebelum swim
  • kalau dah 4-5 hari tu taknak pakai pon tak apa(based on pengalaman sendiri) ikot orang jugak
  • swim time nak balik maksudnya mcm korang ada 5 times snorkeling so korang swim la time2 last tu. 
  • bawa pad extraa
  • dan swim la dengan yakin.
  • oh ya kalau korang nak try cara lain pon ada mcm guna tampons , cups ha yang tu korang search sendiri. Aku tak pernah try ag.
ha tu je kot.. kalau ada apa2 yang aku terlupa nanti dah ingat aku update orait!!

Zàijiàn, Bye2, Ardios and Assalamualaikum!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

lin said...

Tq. Good info

Unknown said...

stocking kaki sis? :)

Ummu Lukman, Khaidir, Muaz, Dzunnun, Safiyyah, Fudhail said...

Pakai tshirt x terangkat ke masa berenang?

Post a Comment